Monday, 23 November 2015

AKTIVITI PERMATAKU





Kanaka-kanak kelihatan seronok melaksananakan aktiviti penghasilan tanah organik.


  • Kompos adalah antara baja organik yang disarankan dalam perkebunan organik.

  • Kompos terhail daripada penguraian bahan-bahan organik seperti daun kering, habuk kayu, dan juga sisa-sisa tanaman. Proses penguraian ini dinamakan pengkomposan.

  • Bahan utama di dalam kompos yang membuatkan tanah elok adalah humus. Humus bertindak sebagai pemegang nutrien di dalam tanah daripada larut resap (hilang).

  • Kehadiran oksigen adalah penting untuk penghasilan kompos yang baik. Ini kerana proses pengkomposan adalah proses aerobik iaitu melibatkan oksigen. Jika tiada oksigen, mikroorganisma yang memproses kompos akan melakukan proses anaerobik iaitu proses penguraian dalam keadaan kekurangan oksigen.

  • Proses anaerobik tidak akan menghasilkan bahan kompos yang baik. Ini kerana proses anaerobik akan menghasilkan alkohol sebagai hasil terakhir. Ini secara langsung merosakkan kompos itu.

No comments:

Post a Comment